BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 19, 2011

my worse day


9 jun akan menjadi tarihh keramatku...

akaun pertengahan dan kewangan...

antara subjek palaing susah untuk sem ni...

serentak plak paper ny nanti...

adoyay......


hahahahahaha...

God please help me....


Saturday, April 9, 2011

xda guna...............

Thursday, April 7, 2011

my love story

bukan ak x suka suda,

bukan ak x sayang suda,
bukan ak cinta suda....

bukan ak xmo berhubung uda,
bukan ak xmo bermanja uda,
bukan ak xmo uda kongsi cerita,

ea....
ak memang berubah,
ak memang xmo berhubung,
ak memang xmo uda kongsi cerita sekarang,
ak memang xmo bemanja sekarang...

ko harus tau...
ko memang uda tau,
satu sak lebih ny ak dari ko,
azam ku utk berubah lebih sedikit sak dari ko...

ak cinta ALLAH,
ak cinta Rasul Ny,

ak cinta keluargaku,
ak juga tetap mencintaimu,
ak juga tetap menyayangimu,

ak mo kita berada d jalan yg betul,

"don't because we want to be happy now, we ruin the happiness that will appear soon"
xkan ada manusia yg bercinta bukan pada masa ny akan bahagia di hari mendatang,ALLAH itu Maha Berkuasa,kita akan dihukum di dunia ini juga,mungkin setelah kita berkahwin,kita xtau bila..
tp yg pasti ny,kita akan dihukum juga di akhirat kelak...
percaya la syng,kebahagiaan kita sekarang hanya sementara,
yakinlah cinta,ALLAH akan bg juga apa yg kita mau jika kita benar2 berada d jalan Ny...
'AKU TETAP MENYAYANGIMU SAMA SEPERTI DULU,TAPI AKU MAHU KITA KEMBALI KE JALAN YANG BETUL'
kita x payah tengok keruntuhan masa depan kita pada masa hadapan,jadikan masa kini sebagai penanda aras untuk mengukur keretakan hubungan kita,ada saja masalah yg timbul dalam hubungan kita sekarang... ak xmo itu,dan ak pun tau ko juga xmau...
sambut lah tanganku ini,kita melangkah ke tempat yg betul,
kita hentikan kebahagiaan sementara,kita simpan untuk masa hadapan,agar tersimpan selama-lama ny...
ak bukan puitis yg mampu menulis ayat2 yg penuh makna lg penuh irama,tp jauh d lubuh hati nuraniku,ini yg terpendam....
mengertilah sayang...kerana ak sangat sayang padamu...


Saturday, March 26, 2011

Jangan jadikan perkahwinan pusara cinta





Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.


Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang

Si Kecil Menolak Ketulusan Hati Insan kerana Cukup Allah Baginya

Bila kudengar suara lolongan serigala
Kurindu kepada serigala
tetapi bila kudengar suara manusia
aku hampir sahaja kehilangan kesedaranku

Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil yang berumur sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyuk. Ia menunggu sehingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya. Kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya: “Anak siapa wahai anakku?”. Anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya. Kemudian dia mengangkatkan kepalanya dan berkata: “Wahai pakcik, saya seorang anak yatim piatu.’

Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata: “Mahukah kamu menjadi anak angkatku?” Anak itu berkata: ” Apakah jika aku lapar engkau memberiku makan?” Orang itu menjawab: “Ya!” Anak kecil itu bertanya lagi: “Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, engkau akan memberiku pakaian?” Orang itu mengangguk dan mengatakan “Ya!” Anak kecil itu bertanya lagi : “Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?” Orang itu menjawab: “Wahai anakku, aku tidak dapat melakukan itu?” Anak kecil itu bertanya lagi: “Apakah engkau akan menghidupkanku bila aku mati?” Orang itu menggelengkan kepala : “Aku juga tidak sangggup?”.

Akhirnya anak kecil itu berkata:” Kalau demikian wahai pakcik, serahkanlah diriku kepada.

“Tuhan yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku, dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila sakit, Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari qiamat”. [ Surah Asy-Syu'ara': 78-82]

Lelaki itupun diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata: “Aku beriman kepada Allah. Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kecukupan kepadanya.”


Mindaku Berbicara

Si kecil yang memiliki tawakkal yang tinggi kepada Allah. Cukuplah Allah baginya. Tidak mengharap manusia tapi hanya Allah semata. Mungkin ada yang berkata, betapa anak ini telah menolak rezeki yang Allah kirimkan untuknya…atau mungkin juga ada yang berkata, anak ini telah menolak ketulusan hati insan yang ingin mendapatkan ganjaran di sisi Allah..seharusnya si kecil ini menerima pelawaan dengan hati terbuka..

Hakikatnya…insan kerdil ini telah melalui jerih derita yang hebat lantaran pemergian ayah dan ibu tercinta dan tinggallah dia sendiri..Di saat tiada sesiapa di sisinya..hanya Allah tempat pengharapan, pengaduan dan pemberi rezekinya..Insan kerdil ini telah merasakan akan kelazatan tawakkal dan iman yang tinggi kepada Allah. Merasakan manisnya berpaut hanya pada Allah..Merasakan nikmatnya apabila menancapkan dalam hatinya, Cukuplah Allah baginya…Pasti iman yang sekuat ini tidak akan menukarkannya dengan bergantung kepada insan, di saat dia telah merasakan segala kenikmatan sebagai seorang hamba Allah yang bergantung hanya pada Allah..

Wednesday, March 23, 2011

JADIKAN KEKUATAN SEBAGAI KELEMAHAN DAN BEGITULAH SEBALIKNYA

Taktik Pengiklanan dan Penyampaian Moden

Adakah ini satu kaedah facebook untuk mengkaji dan melihat penerimaan pengguna facebook dunia semasa terhadapnya? Ini juga adalah kemungkinan yang logik kerana facebook mendapat pelbagai kritikan dari segi masalah teknikal. Dari mula ia mencipta nama didalam dunia siber, facebook tidak pernah sunyi daripada kritikan mengenai permasalahan teknikal dan komen pelanggan yang begitu ramai tidak puas hati dengan perkhidmatannya.

Hakikatnya, andai perkhidmatannya teruk sekalipun, ia tidak memberi impak yang begitu besar. Kritikan dan komen terhadap perkhidmatan adalah perkara yang ada setiap hari kepada gergasi internet dunia seperti Google dan Yahoo. Oleh yang demikian, ia bukannya isu besar. Pengguna facebook bukannya semakin mengecil tetapi semakin besar. Malah facebook sudah menjadi satu kemestian teknikal bagi perniagaan online dan offline untuk mempunyai keterlibatan bersama facebook. Dan yang lebih penting, ia adalah percuma. Kritikan atas perkhidmatan percuma facebook tidak memberi kesan yang tinggi kepada operasi komersilnya.

Ini bagi saya adalah satu teknik pengiklanan moden. Facebook bukannya laman web yang menduduki tangga ke 100 tetapi tangga ke 2 dunia selepas google. Mereka tidak perlu takut sekiranya isu ini memberi impak apabila pengguna bertepuk tangan mendengar berita penutupannya kerana berjuta lagi pengguna menangis atas berita ini. Ia hanya kaedah mempromosi apa yang sedang berlaku di facebook dengan penuh bergaya.

Facebook boleh memberitahu kepada dunia yang mengkritik, 'apa yang anda boleh lakukan sekiranya anda tidak menyukai kami?' bahawa mereka hanya sekadar boleh mengkritik dan facebook akan terus berkembang dan terus mendapat pembiayaan berbilion dolar pada masa mendatang. Ia juga satu kaedah memberitahu dunia bahawa facebook tidak mungkin akan musnah dengan mudah dengan kekuatan yang ada dan kekuatan yang bakal tiba.

Hati tercuit dengan komen Larry Yu apabila dalam penafiannya dia membuat sebuah pertanyaan bahwa dia hairan bagaimana berita ini boleh tersebar begitu cepat. Bukankah Facebook itu pakar pemasaran viral dunia? Kadangkala saya rasakan ia seperti masuk bakul angkat sendiri tetapi saya tidak nafikan ia satu taktik yang sungguh bergaya.






MECHANICAL UNITED
MISS ALL OF U GUYS


zaman yang paling sukar untuk dilupakan kerana penuh dengan senyman dan tangisan...ada jodoh kita jumpa lagi...rindu dengan kalian...